Perkobf Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Malaysia merupakan NGO yang berdaftar di bawah ROS. Berjuang dan membela hak kontraktor Kelas F/G1 Malaysia.
Pada tanggal 12 Ogos 2012 dengan rasminya PERKOBF Kuala Lumpur menukar nama kepada PERKOBF MALAYSIA dan juga keseluruhan undang-undang tubuh Persatuan ini.
Maksud Logo "Perkobf Malaysia"
Pada keseluruhannya Lambang / Logo Persatuan dilukiskan berbentuk Atap / Bumbung berwarna merah serta berbentuk Gergaji dan Tukul berwarna Biru.